Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) ialah jabatan yang bertanggungjawab merancang dan menyelaras program-program kualiti dan inovasi serta perihal kualiti di Universiti Teknologi MARA. Organisasi ini diketuai oleh Penolong Naib Canselor iaitu Prof Dr Roziah Mohd Janor (2015 - hingga kini) InQKA dipertanggungjawabkan dengan pembangunan polisi dan pengurusan pelaksanaan jaminan kualiti bagi memastikan pematuhan kepada keperluan dalaman dan luaran. Inisiatif Kualiti UiTM telah bermula sejak tahun 1992 sehingga kini, InQKA terus dinamik mengurus serta menjadi pemangkin kepada aktiviti berkaitan kualiti yang dijalankan bukan sahaja di peringkat kampus induk dan fakulti di Shah Alam, waima di peringkat kampus negeri serta cawangan.InQKA berkembang selaras dengan transformasi UiTM dan menjadi pakar rujuk kualiti dalaman dan luaran. InQKA juga telah merangka UiTM Global Prominence untuk memantapkan lagi pencapaian penarafan UiTM di mata dunia. Antara mandat yang diberikan oleh universiti kepada InQKA adalah:Sebagai peneraju pengurusan kualiti, InQKA kekal bertindak sebagai penyelaras utama atau sekretariat universiti bagi urusan audit Pensijilan ISO 9001:2015 di peringkat korporat oleh badan pensijilan LRQA. InQKA juga menyelaras urusan penganugerahan kualiti di peringkat universiti iaitu Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), di samping meneruskan lain-lain portfolio berkaitan kualiti. Fokus turut diberikan kepada beberapa projek Key Performance Indicators (KPI) universiti yang bertujuan untuk: